"Ahlan wa Sahlan,May Allah Always Bless You." | Dashboard | +Follow

Sabtu, 1 Jun 2013

Musim Bunga Bakal Tiba!!!! Apa tu??

Apa khabar ya Akhi, ya Ukhti dan pembaca sekalian??

   Semoga berada dalam RAHMAT dan KASIH SAYANG ALLAH S.W.T.
Pejam celik, semakin hari kita semakin dewasa dan membesar. Itulah
RAHMAT dan KURNIAAN ALLAH S.W.T kepada kita. Pelbagai nikmat
Yang diberikan kepada kita tanpa putus-putus. Masya-ALLAH!!!
Begitu sangat beruntungnya kita.

   Sedarkah sahabatku sekalian, sekarang ini kita berada di penghujung bulan 
REJAB dan SYAABAN bakal menjelma...Adakah anda bersedia???

“Ya ALLAH, berkatilah kami pada bulan REJAB dan SYAABAN dan
sampaikanlah kami ke bulan RAMADHAN”

   Jika kita tidak sedar akan kehadirannya, maka kali ini saya ingin
menggoncangkan MINDA dan JIWA kita semua bahawa ada sesuatu yang
sedang menghampiri kita tidak lama lagi.

Kunjungan TETAMU MULIA!!!

   Ya, tidak lama lagi kita akan dikunjungi oleh tetamu yang sangat MULIA
dan AGUNG. Tidak lama lagi, bulan RAMADHAN(Rabi’ul Abrar) akan tiba.
Sungguh pantas masa berlaku sehingga kita sendiri kadang-kadang tidak
peka akan kehadirannya.

   Sebelum kita memasuki RAMADHAN, kita perlu bersiap siaga dari segi
MENTAL, FIZIKAL,EMOSI & ROHANI. Mengapa? Supaya setiap detik-detik
berHARGA di bulan RAMADHAN dapat dimanfaatkan semaksima mungkin
untuk mendekatkan diri kita kepada ALLAH S.W.T. Akhirnya kita
memperolehi gelaran yang sangat dihajati oleh setiap MUKMIN iaitu
mutaqqin (golongan yang berTAQWA).

    ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang yang berIMAN! Diwajibkan atas kamu berPUASA sebagaimana
atas orang sebelum kamu agar kamu berTAQWA” (2:183)


   Hmm....baiklah sebagai perkongsian ilmu pengetahuan & maklumat. Ada
Beberapa tip ringkas yang ingin dikongsi bersama dalam membuat persiapan
Menyambut RAMADHAN. Kita ambil asas & sama-sama kita terus praktikkan.
Boleh?? Insya-ALLAH sama-sama kita cuba.

1.Hadapi RAMADHAN dengan ILMU
      Banyakkan membaca, membuat
   perbincangan dan soal jawab berkaitan
   RAMADHAN dengan ustaz-ustaz.
   Suburkan pengetahuan tentang
   RAMADHAN.


2.Panaskan badan dengan berPUASA
  sunat hari ISNIN dan KHAMIS
 Ya, perut dan badan perlu disesuaikan
sebelum berpuasa di bulan RAMADHAN.
   Ini dapat mengelakkan perut dan badan            
  terkejut dan berada sangat letih di bulan
  RAMADHAN.

3.Biasakan untuk TIDUR dan BANGUN
   awal sebelum SUBUH
       Ini sebagai latihan untuk mudah
   bangun berSAHUR, berTAHAJUD dan
   berIBADAH di awal pagi.


4.Sibukkan diri dengan AMAL IBADAH
  Seperti memBACA AL-QURAN,
    berZIKIR dan sentiasa berWUDUK.
    Perkara ini penting agar kita boleh
   konsisten dengan baik sepanjang
 RAMADHAN.


5.Mulakan amalan bersedekah sedikit
   demi sedikit
       Hulurkan bantuan kepada fakir miskin,
projek-projek kebajikan di masjid dan surau
serta sesiapa sahaja yang memerlukan.


   6.Hebahkan kehadiran RAMADHAN
     Gunakan Facebook,Blog,Twitter,
    Instagram dan sebagainya untuk
      menghebahkan kehadiran RAMADHAN.
   Pastinya suasana persiapan 
    RAMADHAN akan meriah.


    Ajak kenalan kita untuk sama-sama melakukan persiapan ini secara
beramai-ramai. Tentu lebih MERIAH, berSEMANGAT dan SERONOK.
Saya pasti inilah yang kita fokuskan, insya-ALLAH kita akan merasai kelainan
melalui RAMADHAN  berbanding tahun2 sebelumnya. Justeru,  marilah
kita sama-sama bersiap sedia. Letakkan sasaran bahawa RAMADHAN
kali ini adalah yang terbaik.  


“Hijrahkan Diri, Menuju ILAHI”
“Menjadi Hamba RABBANI bukan RAMADHANI”
Jom....

Wallahuaklam



3 ulasan: