"Ahlan wa Sahlan,May Allah Always Bless You." | Dashboard | +Follow

Jumaat, 24 Mei 2013

Priceless LOVE


Nak share tentang LOVER aku,( aku type huruf besar tu
 sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA)

Penyayang sifatnya. Betul tak tipu punya!!
Pure LOVE lah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku
susah, minta tolong sajalah pada DIA sure akan datang
bantuan.

Bila aku susah HATI, boleh terus mengadu kat DIA > direct!! Yang
bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace je, for
surelah KEKASIHkan??

Ish, beruntung betul dapat kekasih macam nie..... tak pernah nak
sakitkan HATI aku. Bila-bila masa je aku boleh contact DIA
Yang seronok tu, sebab memang betul2 rasa DIA tu 
dekat kat HATI nie!! Ye la, cinta punya pasalkan??

Dia tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA, tapi rugilah aku.
Sebab kalau aku ingat dan contact je DIA, macam2 la aku dapat
Tak kiralah, material ke....spiritual ke...emm
memang kekasih sejatilah tu.

Bial aku rindu kat DIA baca je surat2 yang DIA bagi kat
 aku tu, macam2 nasihat ada kat dalam tu, siap bagi
example lagi nak suruh aku faham. Sebelum nie aku pernah gak
frust. Memang sedih giler la time tu. Yela, cinta baru nak
rancak, tiba2 clash gitu je...

Tapi KEKASIH aku yang nie lain, DIA tak kisah pun dengan
 cinta aku frust tu.. siap bagi semangat lagi, DIA takde jeles
pun. Cuma aku je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang
jatuh cinta ngan Dia. So, aku pun kenalah usaha betul2.
Kata orang putih, what you give, you get back... so kalau aku
usaha lebih cket, aku dapat lebih la, kan??

KEKASIH aku nie baek sangat-sangat. Perfect. Tu yang kadang2
aku tengah2 malam...area pukul 3-4 pagi tu
pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindulah!!!

Sebenarnya KEKASIH aku nie kaya....millionaire....billionaire..
dan ntah apa2 naire lagi... Tu Yang Pemurah sangat tu.
Semua keperluan hidup aku, DIA yang support.... caya tak??
Free of charge...tapi aku tak sedap HATI la... mestilah kena
hargai apa yang DIA bagi tu kan? Mak aku kata kalau orang
dah bagi, suka ke tak amik je la.... pastu pandai2lah
membalas budi. Itu yang buat aku sanggup berkorban apa
sahaja....cheewah!!!

DIA suruh aku belajar sungguh2. Klau boleh belajar
semua ILMU. Sebab KEKASIH aku nie memang
cerdik+bijak+genius.....
DIA kata tanpa ilmu setiap amal yang aku buat semua sia2.
Dia pun tambah sayang aku kalau aku rajin belajaq.

Malu la sebenarnya aku nak cakap ni. Emm... aku sebenarnya
belum pernah jumpa DIA lagipun. Belum bersedia la...tapi
KEKASIH aku ni dah janji, suatu hati nanti mesti jumpa.
Sekarang nie tengah menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut
gak!! Takut!! Aku mesti prepare awal2..

Daripada surat2 DIA yang ada tu, aku tahulah apa yang
DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa
yang DIA suka, so that, DIA tambah2 sayang kat aku kan??

Takpelah berkorban sekarang, sebab DIA dah janji, sapa2
 yang DIA yang DIA bagi hadiah special yang aku tak
pernah terfikir pun!! Ish!! Rindu sangat dah ni!!!!

KEKASIHKU..AKU BERJANJI AKAN PERTAHANKAN
CINTA SUCI INI....WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN,
MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI, TIDAK SAMA
SEKALI, WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU
TETAP BAHAGIA......

ITULAH KEKASIHKU......ALLAH S.W.T....
CINTA TERAGUNG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan