"Ahlan wa Sahlan,May Allah Always Bless You." | Dashboard | +Follow

Sabtu, 4 Mei 2013

SINGKATNYA KEHIDUPAN INI…


Sahabatku sekalian,tahukah kalian bila kehidupan kita ini akan berakhir??




Ada yang mampu memberikan jawapan??
……esok??
……lusa??
……atau mungkin ketika kalian sedang asyik membaca coretan ini??

Ada yang berkata kepada saya singkatan kehidupan ini diumpamakan seperti “kita memejamkan mata lalu membukanya kembali”.
Hm….Betul ke seperti tu singkatnya??

Mungkin sahabat sekaliannya mempunyai perumpamaan yang tersendiri tentang singkatan masa kehidupan kita didunia ini.

Teringat saya akan kata-kata seorang sahabat karib di sebuah sekolah yang berada di utara semenanjung Malaysia .Ketika itu kami sedang asyik bertukar-tukar cerita di dalam sebuah bilik dan secara tiba-tiba saya terdengar satu “analogi” yang indah tentang kehidupan terbit dari lisannya.Katanya,

“sahabat,kehidupan kita didunia ini diibaratkan seperti tempoh masa azan dan solat.Saat kita dilahirkan,jasad kita yang suci tanpa dosa itu diazankan oleh ayah kita,dan ketika mana jasad kita sudah terkaku tidak bernyawa,lalu ianya disolatkan oleh kaum kerabat kita…begitulah singkatnya kehidupan kita ini wahai sahabatku”

Saat azan di kumandangkan sehinggalah kita semua ingin mengerjakan solat,adakah senggang masa diantara itu memakan masa yang lama??tentu sekali tidak bukan…bahkan tempoh masa itu terlalu singkat..

…dan itulah perumpamaan tempoh masa kita didunia ini duhai sahabat…

Entah kenapa air mata saya yang selama ini sukar untuk menitis,mengalir dengan mudah dan tanpa dipaksa pada waktu itu.

....
…..
Tergamam!!!
Tersentak!!!
Tersedar!!!
…mungkin inilah reaksi kita semua apabila analogi sedemikian itu menerjah ke dalam sanubari kita…

Ketahuilah duhai sahabat yang kukasihi sekalian,inilah hakikat sebenar kehidupan kita.Alhamdulillah,pintu kesedaran telahpun mengetuk ruang kehidupan kita kala ini.Justeru,ayuh bangkit dan lakukan segera perubahan sebelum saatnya tiba!!!
Yakni saat kematian kita.
….saat dimana roh bakal dipisahkan dari jasad kita.Tiada seorang pun daripada kita yang dapat menduga bilakah saat dan ketikanya.
….tiadalah saat itu datang dengan amaran.Mati datang bila-bila masa sahaja.Tidak akan cepat sesaat,tidak akan lewat sesaat.Apabila saatnya tiba,maka tanpa ternanti-nanti,nyawa kita akan terus ditarik.Tiada “notis” seminggu awal yang akan diberikan kepada kita bahkan rayuan untuk kita menunda saat kematian itu juga mustahil akan diberikan.

…kemudian apabila sampai masa mereka,tidak dapat dikemudiankan sesaat pun dan tidak dapat dipercepatkan walau sesaat pun. (An-Nahl 16: 61)

Senggang masa kehidupan yang singkat ini,adakah kita telah memanfaatkannya sebaik mungkin??
Bagaimana dengan segala dosa?Bagaimana dengan amal yang tidak pernah kita lakukan selama ini mahupun yang dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh?Bagaimana agaknya itu?Bagaimana agaknya ini?Sudah pasti pada ketika ini kita akan terfikir segala perkara.Mati yang menyakitkan,mati yang tiada dikhabarkan kepada kita bilakah saat dan ketikanya tambah mengingatkan kita akan segala kesilapan dan kesalahan kita selama hidup dimuka bumi ini,baik yang kita ingat ataupun yang telah kita lupa.

Takut…
Cemas…
Menggigil…
Justeru, seiringkanlah perasaan takut,cemas serta menggigil itu dengan niat yang ikhlas dan seterusnya amal kebaikan yang berpanjangan.

“Bersyukurlah dengan ‘bonus’ hayat yang masih disambungkan Allah ini kepada kita”


-syukran ya AKHI kerana engkau menyedarkanku tentang
hakikat kehidupan ini-

-TERIMA KASIH ALLAH-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan