"Ahlan wa Sahlan,May Allah Always Bless You." | Dashboard | +Follow

Ahad, 17 Februari 2013

T-Shirt MEDAN DAKWAH.....^_^

ASSALAMUALAIKUM dan apa khabar semua sahabat2ku sekalian?

Syukur diberi kesempatan untuk
  mentintakan karya ini sebagai tatapan
generasi muda yang kaya dengan wawasan.^_^

Ajaibnya hari ini, kita boleh menyampaikan mesej menggunakan pakaian. Tanpa sepatah kata, orang lain boleh membaca isi hati kita. Dengan memakai T-shirt bertulis "I Love Melaka ", orang akan faham kita pernah pergi ke Melaka. Bahkan lebih hebat lagi daripada bercakap mulut, T-shirt boleh menyampaikan mesej kita secara bertali arus tanpa henti...

Apa yang ditonjolkan pada T-shirt itu ialah apa yang kita banggakan.Kita bangga untuk mengakui bahawa kita bangga dengannya. Dan kita bangga kalau orang lain tahu bahawa kita bangga dengannya.

Jadi kita dapat menduga sesuatu perkara yang sedang dibanggakan oleh seseorang berdasarkan T-shirt yang sedang dipakainya. Kalau Iron Maiden, Scorpion dan seangkatannya tahulah kita bahawa mereka berjiwa rock. Kalau kita melihat seseorang kanak-kanak memakai baju Angry Bird, barangkali si ayah pernah ralit menghadap permainan tersebut.

Selain itu, dengan sehelai seseorang mampu mengekspresikan diri. Tidak kurang juga orang yang menjadikan T-shirt sebagai memorabilia atau rakaman memori. Realitinya, T-shirt bukan sekadar pakaian penutup badan.

Kuasa Promosi T-SHIRT...

Di barat, T-shirt dijadikan medium pengiklanan dan promosi. Mana-mana entiti dalam pelbagai lapangan terutamanya syarikat-syarikat perniagaan menghasilkan T-shirt sebagai salah satu pendekatan dalam strategi pengukuhan jenama masing-masing.
Promosi menggunakan T-shirt ini ada kelainannya. Promosi dengan T-shirt ini dilihat berkesan dengan mempunyai elemen keseronokkan. T-shirt mampu mewujudkan hubungan, kemesraan dan kebersamaan. Kadang-kadang jumlah mereka tidaklah besar, tetapi kehadiran mereka dirasi disebabkan semangat berkumpulan mereka. Ini dapat dilihat pada kumpulan-kumpulan rock.
Pada hari ini semua pihak yang beragenda mempunyai T-shirt tersendiri.Pemain, ahli perniagaan, artis bahkan ahli politik sekalipun tidak terkecuali.

Elakkan pemakaian T-shirt dengan ciri-ciri berikut:

1. Tertulis nama ALLAH.
2. Mesej bertulis yang biadab.
3. Gambar manusia n haiwan sekalipun gambar ulama.
4. Ada unsur kepercayaan selain islam seperti salib.
5. Logo yang bercanggah dengan syarak etc: jenama arak
6. Mempromosikan maksiat etc: LGBT(Lesbian, Gay, Bisexual n Transgender).

Sampaikan Mesej dengan T-Shirt.

Di barat, mereka tidak segan-silu memakai T-shirt yang bermesej biadab seperti "Good without god","No god no problem" dan sebagainya. Sedangkan ALLAH telah mengingatkan melalui firman-Nya
yang bermaksud: "Dan janganlah kamu saling membantu dalam melakukan dosa(maksiat) dan permusuhan."
[Surah al-Ma'idah 5:2).

Jika mereka sebegitu berani, kita bagaimana? Sedar @ tidak, trend berkemeja-T ini boleh dimanfaatkan sebagai satu agenda dakwah. Ia dakwah bisu, tidak memerlukan tenaga dan tiada unsur paksaan, tetapi impaknya tidak kurang hebatnya.
Dengan sedikit sahaja kreativiti, mesej islam boleh disampaikan dalam bahasa yang mudah dan ringkas berserta ikon @ simbol. Jika demikian, tidak mustahil orang yang memandang mesej pada T-shirt itu akan menoleh dua kali.Bukan sekadar itu, hati juga mungkin terpujuk melihat betapa indahnya hidup bertemakan islam.Apa manfaatnya untuk si pemakai? Semestinya si pemakai T-shirt dengan mesej islamik akan mendapat pahala berterusan secara percuma sepanjang dia memakainya. Bagi pemakai T-shirt Muslimah 
pula, mereka sedang menyampaikan mesej bahawa di luar sana terdapat pelbagai syariah.
Kini tidak susah mencari T-shirt Muslimah yang patuh syariah.T-shirt boleh dicari di kedai pakaian ataupun membuat belian secara online. T-shirt ini direka khas untuk melindungi bentuk badan Muslimah dengan reka bentuk yang longgar dan labuh separas pertengahan paha atau lutut.Malah material yang digunakan juga tebal dan selesa dipakai...
~18022013~

Hukum Memakai Baju Bergambar

Majoriti ulama sepakat tidak menggalakkan
 memakai pakaian yang bergambar
 makhluk hidup sama ada manusia ataupun
 haiwan. Cuma bezanya, ada yang
 memakruhkannya dan ada
 yang mengharamkannya.
 Berkaitan dengan itu juga,
solat dengan pakaian
 bergambar perlu dielakkan....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan