"Ahlan wa Sahlan,May Allah Always Bless You." | Dashboard | +Follow

Khamis, 21 Februari 2013

Sudahkah Dicas BATERI Hari Ini???






                Menjadi teman sering dibawa,
                Ada ditekan, banyak disentuh,
                Bercakap seorang bukannya gila,
                 Membina silaturahim agar utuh.

Seiring dengan perkembangan teknologi, rata-rata manusia kini diasak dengan kehendak yang dilihat glamor, lebih stail dan terkedepan. Secara tidak langsung, mereka mengkategorikan manusia mengikut kelas tertentu. Aku tidak terkecuali turut terlibat sebagai sebuah alat yang menjadi simbol pengelasan manusia.

Disentuh ataupun ditekan, berkongsi foto dengan aplikasi Instagram, aplikasi permainan dan pelbagai lagi fungsi.Yang pasti apabila kuasa bateri semakin lemah, peranan aku akan terjejas. Apa guna telefonnya mahal, aplikasi pelbagai, tetapi tidak dapat digunakan?

Bateri Muslim Cemerlang.......

Ya, apabila sudah mencapai tempoh tertentu seperti terlalu lama barada di atas talian internet ataupun kerap menelefon dan berbalas SMS, kemampuan untuk berfungsi semakin menurun. Saat itulah aku perlu dicas semula supaya dapat terus memberi khidmat. Sepatutnya apabila sudah mendapat signal battery low, manusia perlu bersedia dengan pengecasnya. Barulah aktiviti seharianku tidak tergendala.

Jika aku mempunyai bateri yang menjadi nyawa kepada semua aktiviti, manusia juga sama. Fizikal ataupun luaran seseorang biasanya hamya menjadi perhatian mata kasar. Tetapi yang berada di hati itulah yang menjadi penilaian Yang Maha Besar. Dan yang terkandung dalam hati itu juga boleh terzahir di luar.

Selaras sebagai makhluk yang hidup, manusia perlu "dicas". Tatkala menjadi "signal" seperti diri semakin enak berbuat salah, ibadah tidak lagi terasa indah, itu sebenarnya petanda hati perlu siisi dengan muhasabah, ilmu dan zikrullah.

Manusia yang hanya dicas dengan elemen IQ dan EQ, tetapi mengetepikan elemen SQ hanya akan terbimbing soal keduniaan sahaja. Sebaliknya, IQ dan EQ perlu dipimpin dengan SQ. ketika itu seseorang mampu terlihat gembira menjalani kehidupan walaupun tidak sekaya mana pada zahirnya, Inilah kekuatan rohaniah yang menjadikan manusia memiliki jiwa yang kental. Hati yang dicas dengan SQ tadi akan menyempurnakan diri seseorang walau ditahap mana pun IQ dan EQ berada.

Seimbang Perkhabaran

Peranan aku tidak terhad di situ. Aku turut menjadi penghubung manusia untuk menyampaikan sesuatu berita walaupun mereka berada pada jarak yang jauh.
Tit, tit... dan serentak dengan itu manusia disapa berita yang menggembirakan seperti kejayaan sahabat dalam peperiksaan, mendapat cahaya mata dan diterima pemohona jawatan.Begitu juga dengan berita yang kurang disenangi seperti kehilangan yang tersayang dan lain.
Inilah keseimbangan yang berlaku di dunia. Sejad dahulu lagi manusia dikhabarkan dengan berita yang pelbagai. ALLAH; Pemilik dan Penguasa seluruh alam menjadikan hati hamba-Nya gembira apabila diutus seorang Rasul yang akan membimbing mereka keluar daripada kejahilan. Datanglah rasa tenang dan tenteram dalam jiwa mereka. ALLAH juga menjanjikan ganjaran pahala dan syurga bagi hamba-Nya yang ikhlas bermujahadah. Semua ini melahirkan harapan(raja') dan optimis dalam hati setiap manusia.
Tetapi jangan lupa, ALLAH juga menyampaikan khabar berunsur ancaman bagi yang menderhaka. Adanya neraka, dosa, azab kubur dan sebagainya. Inilah yang mencetuskan rasa takut(khauf) di hati hamba-Nya. Dan orang yang paling beruntung antara manusia ialah yang paling banyak berfikir atas setiap perkhabaran yang sudah ALLAH agendakan. Sudahkah manusia mengambil pelajaran setiap satu daripada berita tersebut?

Formula Bateri Muslim Cemerlang
Cas(IQ + EQ + SQ) = BATERI MUSLIM PENUH.

Cas kecerdasan intelektual + cas kestabilan emosi + 
cas kemantapan spiritual = BATERI MUSLIM PENUH!!
~22022013~

jOM SEBARKAN.....^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan