"Ahlan wa Sahlan,May Allah Always Bless You." | Dashboard | +Follow

Selasa, 19 Februari 2013

SEPASANG MATA YANG TERCIPTA.... ^_^

Sepasang Mata yang Menangis


Kelihatan beberapa pasang mata sedang 
sibuk bertanya khabar sesama mereka.....
MATA 1: Deras sekali air mata engkau
 mengalir. Mengapa engkau menangis.
MATA 2: Lelaki itu tidak setia. Dapat madu,
sepah dibuang. Rupa-rupanya si perempuan
hanya bertepuk sebelah tangan. Mata 3, 
engkau juga senasib denganku?
MATA 3: Oh, tidak. Tuan aku sedang 
menghayati cerita hindustan. Sekarang
sedang klimaks cerita!
MATA 4: Ah, tuan aku gagal dalam 
peperiksaan! Ini bukan kali pertama dia
gagal. Dia benar-benar kecewa.


Setiap manusia dikurniakan sepasang mata. Airnya mengalir disebabkan gembira, apatah lagi berduka. Begitu unik apabila ALLAH menghubungkan antara perasaan, mata dan air mata. Apabila seorang pelajar mendapat keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan, air mata mengalir kerana meraikan kegembiraan. Seorang anak yang kehilangan ibunya pula, air matanya gugur kerana kedukaan yang menyesak dada.

Menangis dan mata seperti mulut dan bicara.Ia adalah anugerah ilahi yang tidak dapat dipisahkan sama sekali. Isunya bukan hanya pada lelaki yang curang, ataupun pelakon dalam cerita-cerita yang kebanyakannya melalaikan tetapi manusia yang mengizinkan air mata mengalir bukan pada jalan yang tepat ataupun tidak diredai Tuhan.
Mengapa air mata mengalir?? Kecewa kerana putus cinta?? Orang lain lebih berjaya?? Kehilangan duit?? Tidakkah kerana menyesali dosa-dosa??? Menangis dan lebih sibuk mencari kekurangan diri semasa bersendirian. Bukan rendah darjat orang yang menangis. Meneliti teladan Baginda s.a.w., ternyata Baginda lebih banyak menangis daripada ketawa. Baginda menangis kerana memikirkan kurangnya ibadah, walaupun berlapar perut dan sudah luka-luka di kaki akibat beribadah. Baginda menangis kerana risaukan imam umatnya yang kerap goyah. Dan yang pasti Rasulullah menangis lantaran takut kepada ALLAH.

Jika Rasulullah sedang gembira pula, Baginda hanya tersenyum dan bukan ketawa berdekah-dekah. Selalu juga Baginda mengingatkan manusia, mereka yang banyak ketawa di dunia, bakal menangis di akhirat. Menangislah kerana rasa kerdilnya menjadi hamba. Itu lebih baik daripada menangis kerana
rendahnya darjat berbanding manusia yang berpangkat. Menangislah kerana gagal tunduk kepada Tuhan. Itu    lebih baik daripada tidak serik mencari kepercayaan dan penghormatan orang. Menagislah kerana bimbang hilang cinta ilahi daripada menangis hilang cinta wanita @pun lelaki. Menangislah kerana air mata dicipta untuk terus mengalir buat penghilang resah. Itu lebih baik daripada memiliki hati yang keras.
 Dan rupa-rupanya ALLAH suka apabila manusia menangis kerana itu menghubungkan manusia dengan Dia! Maka, semak semula atas sebab apa air mata itu mengalir?

Sepasang Mata yang Memandang.....

Selain daripada mengalir air mata, ada satu lagi fungsi mata. Memandang secara fizikal dan memandang dengan mata hati. Tidak ramai yang mampu melihat dengat mata hati, apabial manusia tidak redha dengan ketentuan ALLAH. Dia memandang, dia sudah banyak berusaha, dia bukanlah manusia yang suka melakukan maksiat, apatah lagi meninggalkan solat, selain daripada aurat dijaga sebaik mungkin. Lantas, mengapa dia ditimpakan dengan ujian sehingga dia tertunduk menangis?

Pujuklah hati, lihatlah dengan mata hati. Kesusahan pasti disusuli kesenangan. Inlah cara ALLAH mengajat manusia nikmat bersyukur dan bersabar. Nikmat itu amat manis bagi mereka yang berjaya melalui saat-saat menanggung derita kerana ALLAH terasa begitu dekat dengan mereka.
Manusia selalu mengungkapkan:"Dari mata jatuh ke hati," Dalam agama pula masyhur dengan kalimah mulia yang bermaksud: "Katakan kepada lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan dan memelihara kehormatan mereka(daripada perkara yang haram),"[24 : 30].

Kedua-duanya menyatakan saranan untuk berhati-hati semasa menggunakan nikmat mata sama ada berada bersama orang lain apatah lagi ketika bersendirian. Hakikatnya manusia tidak pernah bersendirian kerana sepasang mata itu akan menjadi saksi manusia melihat perkara yang diharamkan.
Teknologi membantu manusia peka dengan kehidupan di tempat lain tanpa batasan. Facebook, Youtube, Twitter dan pelbagai lagi medan IT berlumba-lumba menyiarkan gambar dan video tanpa saringan. Lalu, di situlah peranan mata, memilih untuk memandang.
Tanpa mata gelap dunia, tanpa mata hati gelaplah hati. Sepasang mata yang menangis dan sepasang mata yang memandang, kedua-duanya bukan sekadar pinjaman tetapi akan ditanyakan: "Untuk apa engkau digunakan?"

Wallahhu a’lam
~19022013~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan